Saturday, December 15, 2018

BAB 1 - CONCEPTUAL PRINCIPAL OF THERMOFLUIDS

                                      Assalamualaikum w.b.t.

          Saya Nur Hanis Amira binti Abdul Karim (wakil pelajar DEM2S1) dari Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, semester 2 sesi Disember 2018. Saya mengambil bidang Dip. Kej Mekatronik. Tujuan saya menulis blog ini adalah untuk memberi sedikit ringkasan tentang Bab 1 di dalam tajuk thermofluids (Conceptual principal of thermofluids).

          Semasa saya dapat tahu yang saya akan mengambil subjek ini untuk semester 2, saya tak pernah fikir langsung pasal thermofluid ni. Sebab yelah, saya pun mula-mula tak minat bidang mekatronik ni.. hahahaha gurau.. Tapi betul.. serius tak minat.. Tapi saya usaha ,saya cuba.. Untuk teruskan bidang ni.. Okay saja nak santai-santai. Jom FOKUS pada tajuk kita!

          Bab 1 ni kalau korang semua nak tahu, dia cerita pasal konsep , maksud dan formula je.. So.... Korang janganlah nak stress sangat . Takyah over sangat pun.. Kalau korang baca, korang faham..InshaAllah anything can be okay!! :D Lainlah kalau korang tak baca satu apa pun, lepastu nak stress "apani susahnya" "apani takfahamlah". Dia macamni, kalau tak faham, TANYA. Itu je kunci kalau nak berjaya! Get it?? Okay bagus.

          First nak cerita pasal GAS, CECAIR dan PEPEJAL. Tipu kalau korang cakap tak pernah dengar dan tahu pun pasal gas , cecair dan pepejal ni. SEBAB dari sekolah rendah lagi cikgu kat sekolah korang dok pokpek pokpek mengajar berbuih mulut kat depan tu! haaaaa. Okay kita sambung lagi.. Saya tulis seringkas yang mungkin, supaya korang faham.

BENTUK:
   1) Gas - Tetap
   2) Cecair - Mengikut bekasnya
   3) Pepejal - Tetap

ISIPADU:
   1) Gas - Tergantung pada tempatnya
   2) Cecair - Tetap
   3) Pepejal - Tetap

KEMAMPATAN:
   1) Gas - Mudah dimampatkan
   2) Cecair - Sukar untuk dimampatkan
   3) Pepejal - Tidak dapat dimampatkan

JENIS:
   1) Gas - Memiliki zarah yang sangat kecil
   2) Cecair - Memeliki zarah yang sederhana
   3) Gas - Memiliki zarah yang besar

PENGALIRAN:
   1) Gas - Dapat mengalir
   2) Cecair - Dapat mengalir
   3) Gas - Tidak mengalir

JARAK ANTARA ZARAH:
   1) Gas - Sangat renggang
   2) Cecair - Lebih renggang
   3) Pepejal - Sangat rapat

PERGERAKAN:
   1) Gas - Sangat bebas
   2) Cecair -Terbatas
   3) Pepejal - Tidak dapat bergerak bebas

MAKSUD :

1) FLUID - bahan yang berubah secara berterusan . Secara bertahap ,jika bendalir berada pada rehat, tidak mungkin ada kekuatan yang bertindak. Semua kekuatan dalam bendalir mestilah tegak lurus terhadap pesawat-pesawat di mana mereka bertindak.

2) FORCE - hukum Newton kedua yang ditulis sebagai daya a(jisim x pecutan) untuk jisim yang malar.

3) ENERGY - bentuk tenaga kerja dihasilkan oleh daya dalam jarak yang sama pergerakannya.

4) POWER - kadar pemindahan tenaga.

5) PRESSURE - daya yang dihasilkan daripada cecair per unit luas.

6) THERMODYNAMIC SYSTEM - kuantiti jirim .

7) SURROUNDING - jisim atau rantau luar.

8) BOUNDARY - perpisahan permukaan di antara sistem dan surrounding.

9) THERMODYNAMIC EQUILIBRIUM - jika melebihi masa yang ditetapkan, tiada perubahan ciri-ciri atau keadaan sistem yang diperhatikan.

      Okaylah.. Itu je ringkasan yang saya buat.. Kalau buat panjang-panjang..Nanti korang semua taknak baca pulak dekat laman sesawang yang lain.. Yelahh.. Kita kalau nak ilmu tu lebih mendalam, kita kena jugak tengok nota dekat banyak laman. Ye dok mung......... hehehe

      Korang jangan lupa tekan link kat bawah ni tau. Sebab link dekat bawah ni pun ada jugak pasal thermofluids ni.. :-

http://portal.cidos.edu.my/
https://padlet.com/roshaizul/system

  **  p/s  GOODLUCK mana yang buat blog lepasni.. hehehe ambik lah ni sebagai contoh. hahahahahaha.
Semoga ringkasan yang saya buat ni, mudah difahami serba sedikit.. InshaAllah..Aamin..

PREPARED BY:

NUR HANIS AMIRAH (13DEM18F1003)